Sunday, November 14, 2010

Pakej Paling Popular ke Mulu, Sarawak

Tour Code:8833
Pakej Paling Popular ke Mulu 3 Hari 2 Malam, Sarawak



email: CutiBorneo@gmail.com
Harga:RM739 ex Miri/ RM888 ex Kota Kinabalu setiap seorang (“twin-share”)(Benarat Lodge) (BAJET)
Harga: RM969 ex Miri/ RM1084 ex Kota Kinabalu setiap seorang (“twin-share”)(Royal Mulu Resort - 4 Bintang (DELUXE)

Sila Clik di sini >> untuk Video Testimony Bryan Clark, Pengurus Mulu National Park tentang keistimewaan Mulu National Park. 
Harga termasuk: Semua perjalanan,tambang tiket penerbangan dari Bandar Bandar yang tertera di atas ke Mulu ,permit kemasukan dan yuran, penginapan di Benarat Lodge atau Royal Mulu Resort bergantung kepada pakej Bajet atau Deluxe, hidangan (2 sarapan, 2 makan tengahari & 2 makan malam),lawatan ke Show Cave of Mulu and Nature Guide.
Sah sehingga 30 Disember 2013

video

Hari Pertama: Kita akan berlepas ke Taman Negara Mulu menggunakan penerbangan MasWing pesawat MH3630 ETD 0920hrs dari Miri dan pesawat MH3255 ETD 1550hrs dari Kota Kinabalu (BKI). Pemandu Pelancong akan bertemu dengan kita dan membawa kita terus ke tempat penginapan.

Selepas makan tengahari, kita akan terus ke HQ Park menaiki van. Destinasi seterusnya, ke Deer Cave, salah sebuah gua yang mempunyai terowong yang terbesar di dunia. Selepas itu kita akan ke Gua Lang, gua yang bersebelahan dengan Gua Rusa yang mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Pada sebelah petang, kita akan berkumpul semula di depan pintu masuk Gua Rusa untuk melihat banyak kelawar, berjumlah lebih 3 juta ekor keluar untuk memburu serangga sebagai makanan mereka. Kita akan kembali ke Park HQ pada lewat petang dan kami akan menghantar anda ke tempat penginapan untuk makan malam dan bermalam. (Tengahari , Makan Malam)
 Untuk mereka yang datang dari Kota Kinabalu (BKI), kita akan terus ke Lapangan Terbang Mulu untuk melawat Gua Rusa dan Gua Lang selepas sampai di Mulu.



 
 Hari Kedua: Selepas sarapan pagi, kita akan bertolak menggunakan bot panjang pada jam 0830 ke Kolam Air Jernih. Kita akan berhenti di Kampung  Penan Batu Bungan untuk lawatan singkat ke tempat ini. Disini, kita akan melihat bagaimana kraftangan seperti bakul, gelang dan tikar dibuat oleh kaum Penan. Dari penempatan ini, kita akan ke Gua Peranginan (Cave of the Wind) dengan menggunakan bot .

Tak jauh dari situ, terdapat satu lagi gua yang dinamakan Gua Air Jernih (Clearwater Cave) di mana kita akan mendaki 200 anak tangga  untuk sampai ke pintu masuk gua untuk melawat Lady’s Cave dan sungai bawah tanah. Air di Kolam Air Jernih adalah tempat yang sesuai untuk mandi dan berkelah. Selepas makan tengahari, kita akan ke Benarat Lodge menggunakan bot. Aktiviti bebas di sebelah petang. (Sarapan, Makan Tengahari)

Hari Ketiga: Anda ada pilihan sama ada untuk berangkat terus dari Mulu dengan penerbangan pagi atau melakukan aktiviti Canopy Walk (jambatan gantung) (optional: rm55 seorang). Pada jam 1000 kita akan membawa anda ke Mulu Canopy Skywalk iaitu jambatan gantung paling panjang di dunia. Sepanjangan perjalanan itu, anda akan dapat melihat pelbagai keindahan flora dan fauna seperti “Web of Life” dan perjalanan ini mengambil masa dua jam. 



Selepas perjalanan itu, kita akan kembali ke Benarat Lodge untuk makan tengahari sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Mulu balik ke destinasi masing-masing. “Canopy Walk” itu akan dicaj RM65 seorang manakala aktiviti lain seperti “Night Cruise Safari” untuk melihat keindah haiwan haiwan kecil seperti cengkerik, kelip-kelip dan sebagainya akan dicaj RM100 seorang yang boleh dilakukan pada mana mana malam sepanjang pakej tersebut.

Bagi yang tiba dengan penerbangan sebelah petang, anda akan kembali ke destinasi anda dengan penerbangan petang juga.


Tropical Adventure Tours & Travel Sdn. Bhd
Sandy-016 4123304 / Richard-017 8563033
emel segera: CutiBorneo@gmail.com
Alamat: Lot 907-No 12, Soon Hup Tower, Grd Flr Mega Hotel, Jalan Merbau 98000 Miri, Sarawak (tel: +60 85- 419337)
                 WEBSITE-http://www.BorneoTropicalAdventures.com 
                                                          www.SarawakBorneoTour.com
                                                          SabahHoneymoonPackage.com
 
 Informasi tentang Kuching: BestKuchingHotels.com 

@@@@@@@